Thursday, September 29, 2011

Mencari Redhanya

mencari redha Allah bkn perkara yang mudah.
kerana keredhaan Allah impalannya adalah syurga!.
dan syurga itu mahal harganya.

dalam usaha mencari Redha.
syaitan menyucuk dari setiap sudut,
Ya Rabb..percayalah kami dah buat yang terbaik untuk itu!.
merancang sehabis baik.
tetapi masih ada pincangnya,
kami tidak mampu memuaskan hati semua pihak.

terkesan dengan sifat adil Rasulullah
 sifat lemah-lembut Rasulullah.
walaupn tegas.tp kau hiasi akhlakmu semulia akhlak Al-quran.
Ya Rasulullah,kami butuh khalifah sepertimu.
kami butuh syafaatmu.
'lau kana 'indana'

kami tak kuat Ya Rasulullah.
kami tak tahu Ya Allah.
mgkn baik bagi kami,
tapi adakah kau kira segala usaha kami Ya Rabb.
ataukah kami termasuk dalam golongan sia-sia yang kau maktubkan dalam kitab Allah?

"Katakanlah (wahai Muhammad): "Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang paling rugi amal-amal perbuatannya? .(Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan".
(al-kahfi:103-104)
maaf andai ada pihak yang terguris.
hidupku bersama kalian.dewasaya aku bersama kalian.
dan bersama kalian juga aku ingin melangkah ke JannahNya.
bersama-sama!....

Thursday, September 22, 2011

Khalifah INI!

Dari ruang tamu Ulfah
kujeling ke arah bubu,kucing peliharaan maryam yang sedang bersandar di pintu beranda.
sekali-kali bulunya kulihat seakan-akan bersinar disimbah cahaya mentari yg menerpa masuk.
hatiku terdetik ....dulu aku seakan faham~..
tapi bila beratnya mula terasa...
aku sendiri yg kembali mmpersoalkan.kenapa aku?.bukan bubu?..

Dan (ingatlah) ketika Tuhan berfirman kepada malaikat:
“Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi.”  

Nabi Adam adalah makhluk pertama dari makhluk manusia yang dicipta oleh Allah di alam
ini untuk menjadi penghuni bumi dan memakmurkan bumi.

Melalui keterangan dari al-Quran diketahui bahawa manusia bukanlah pilihan
pertama untuk menjadi pentadbir alam ini. Allah telah menawarkan mandat kpd
makhluk lain yang sedia ada seperti langit, gunung ganang dan bukit bukau bagi
mengambil peranan khalifah ini.

 Tetapi ke semua makhluk itu menarik diri, enggan menerima tawaran itu justeru
tanggungjawabnya yang terlalu berat dan masing-masing tidak terdaya
menunaikannya.

mampukah aku?..
kekuatan hanya pada pemilik kekuatan!



istikharah bkn hanya utp utk cinta.
tp cinta utk Allah itu pasti.
tiada cinta yg hakiki.andai cinta terbahagi-bahagi

Thursday, September 8, 2011

Photoshop online!

hari ini ana dapat 1 email.
mail>>inbox>from:Nurlina Nik Abdullah>loading:

'dik, pandai adobe kan?
cuba gabungkan gambar batrisyia dengan kartun ni.
14hb ni birthday dia.nak tempah kek letak gamba ni.'

email dari akk meminta aku mengedit gambar anaknya.

alamak! laptop tengah hantar ke kedai untuk di format!
mcamana ni? segala-galanya ada dalam laptop tu.
online guna laptop mak, mana ada apps utk buat semua 2..

nak ubah gambar ini:




















menjadi ini:



sebelum ini ana ada tau satu online apps:

apps ni just nice.
'effect' dan tulisan yang comel dan banyak
apps yang agak ringkas dan cantik untuk edit gamba dan warna
tapi apps ini tak boleh memotong gambar dengan 'smooth'




and at last,Alhamdulillah i found a tutorial..
online photoshop alternatives.without downloading or installing anything.
you can easily edit your photo just like a photoshop.
but there's some lack of tools.but,just nice=)

antara photoshop alternatif online











sesuai untuk mereka yang nak edit gambar tanpa perlu download/install apa2 pada komputer.
May it benefit to others.

Tuesday, September 6, 2011

TaHNiAh....

2nd Year alexandria University..
tahniah kerana masing-masing dah dapat keputusan yang terbaik disisi Allah
untuk kita.



"Tidak ada sesuatu kesusahan yang ditimpa3kan di bumi, dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.
                                             
                                         supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu, 
dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga)
 dengan apa yang diberikan kepada kamu."
( Al-hadid:22-23)

Sunday, September 4, 2011

TaHNiAh....

Another task..with beautiful meaning..
tahniah barisan RajA Sehari Summer Alexandria University, 2011


tahniah (immobile BG)



“Barangsiapa menikah, maka ia telah melengkapi separuh dari agamanya. Dan hendaklah ia bertaqwa kepada Allah dalam memelihara yang separuhnya lagi”. 
(Hadist Riwayat Thabrani dan Hakim)






dan untuk 2 bayi comel Iskandariah


al-Furqan ayat 74:
ربنا هبلنا من أزواجنا وذرياتنا قرة أعين وجعلنا للمتقين إماما
Tuhanku, kurniakanlah daripada isteri dan anak-anakku sesuatu yang menjadi penyejuk mata, dan jadikanlah kami imam kepada orang yang bertaqwa.


Blog Widget by LinkWithin