Wednesday, January 5, 2011

kisahh yg menarik untuk semua...

Pada zaman dahulu kala, ada seorang sultan bernama Alam Syahbana telah memerintahkan hamba-hamba istana supaya mengorek tanah untuk membuat sebuah kolam yang sederhana saiznya.

Setelah kolam tersebut siap, Sultan Alam Syahbana memerintahkan rakyat jelata untuk mengisi kolam tersebut dengan segelas susu awal lembu setiap seorang pada waktu malam ketika bulan sedang mengambang.
 
Ada seorang lelaki bernama Awang Selamat telah mendengar titah perintah tersebut dan bersegera pulang ke rumah untuk membuat persiapan segelas susu awal lembu. 


Tiba-tiba Awang Selamat telah mendapat satu idea yang dirasakan baik. Awang Selamat bercadang untuk membawa segelas air kosong sahaja dengan beranggapan tiada siapa yang akan tahu dan melihat kerana malamkan gelap...
Seperti yang diperintahkan, ketika bulan sedang mengambang, setiap seorang rakyat jelata tanpa mengira usia dan darjat masing-masing menunaikan perintah Sultan Alam Syahbana.

Pada pagi keesokan harinya, Sultan Alam Syahbana ingin melihat kolam tersebut kerana ingin melihat hasilnya. Tetapi alangkah terkejutnya Sultan Alam Syahbana apabila melihat kolam tersebut dipenuhi air kosong bukannya susu awal lembu seperti yang diperintahkan. Kemudian, Sultan Alam Syahbana pun pulang ke istana dengan perasaan yang hampa.


CBE KORANG BAYANGKAN~....macamne blh ada  Air je....??..
cerita nie sgt mmberi pgajaran bg kita umat islam bahawa kitalah sbnarnye yg perli mnjadi initiator utk mmbantu umat Islam...utk mmbangunkan Islam.bergerak cepat...

bergerak ibarat kuda lumba yg x lagi menoleh ke belakang utk melihat kuda2 laen.
Kalau x ANDA ...SAYA..KAMU...SIAPA LAGI??..HIDUP MESTI TERUS...
Kalimah Allah mesti ditegakkan ...
kalau bukan kita,..siapa yg perlu mula???..........

p/s:semangat sgt ke?..


0 comments:

Blog Widget by LinkWithin