Tuesday, April 13, 2010

BERSABARLAH...



apabila ditimpa ujian
selalu manusia merungut..
kenapa ujian ini di timpakan ketasnya..
kenapa ujian ini harus ditempuhinya..

tetapi tidakkah manusia berfikir..
betapa berjutanya nikmat yang telah dikurniakan tuhan..
nikmat Iman.Islam,
udara yang dihembus percuma
makanan yg dimakan saban hari,
pakaian yg disarung ke tubuh,
rakan2 yang girang membantu..
tanpa sedikit keluhan yang keluar dari lidah mereka..

Apabila ditimpa ujian,
manusia selalu mengharapkan org lain untuk membantu..
memberi perhatian padanya..

namun, tidak pernahkah mereka terfikir
Allah lebih layak mendengar rintihan mereka
Allah lebih mengetahui bisikan naluri,
dan Allah jualah yang menitipkan ketabahan didalam setiap ujian
kerana janji Allah
tidak ditimpakan ujian kepada seseorang melainkan orang yg mampu menanggungnya..


Ya Rab,
tabahkan hati kami...
peluklah hati kami saat kami semakin jauh darimu..
kerana kami amat memerlukanmu...

SEBAIK-BAIK IBADAH ADALAH MENANTI KEMUDAHAN DENGAN SABAR..

Friday, April 9, 2010

komunikasi dgn Al-Quran


ADAKAH AKU SUDAH DIKIRA BERIMAN ?
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta.”-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” -Surah Al-Baqarah ayat 216

KENAPA SUSAH SANGAT UJIAN INI?
“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” -Surah Al-Baqarah ayat 286



RASA FRUST? TENSION? LEMAH SEMANGAT?
“Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman.” – Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya mencapai kemenangan).” -Surah Al-Imran ayat 200 “Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk” -Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
“Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu’min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka… .. -Surah At-Taubah ayat 111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
“Cukuplah ! Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.” -Surah At-Taubah ayat 129

ARGHHH AKU TAK TAHAN!!! AKU DAH BOSAN!!
“… ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.” -Surah Yusuf ayat 87

Blog Widget by LinkWithin