Thursday, January 13, 2011

serupa tapi tak sama..

anda kenalkah siapa ini?...



dan kenalkah ini?>..




Gaya mereka sama..
kelebihan mereka sama...
cara percakapan mereka sama..
cara menarik penonton juga sama...

tp adakah matlamat mereka sama...
adakah kesudahan mereka kelak sama?...
 adakah mereka mggunakan kelebihan mereka sebaiknya..

hadis nie sgt menarik utk dikongsi..


Manusia seperti logam, terpilihnya mereka semasa jahiliyyah terpilih juga mereka semasa Islam, sekiranya mereka faham”

Faham tak maksud hadis ni? Nilai logam tidak akan berubah dalam mana-mana zaman. Sekiranya ‘jahil’, nilai itu akan menyokong jahiliyyah dan sebaliknya, sekiranya dia Islam, nilai itu akan menyokong Islam. Segalanya bergantung kepada kefahamannya.


teringat satu pepatah:.


"To love something is like playing the piano. First, you must learn to play by the rules. Then, you must play from your heart"

its just like when u want you love Allah.

mule2 kite kene ikut ape yg ALLAH larang @ suruh..
sbb 2 la mak ayah kite srh kite ikut ajaran Islam..
larang kite bwat itu..suruh kite bwat ini..

but then,bile kite dah bsar...kite sendiri yang kena carik dimana keindahan setiap apa yang mak ayah kite suruh.dimana keindahan stiap arahan Allah...selalu kene tanye kenape dan kenapa?.. ubahlah 'islam warisan' yang telah dimind setkan dalam fikiran kita kepada 'islam pilihan'.

fahami hikmah setiap larangan dan suruhan Allah dan bile kite faham..kite akan lbh suke utk mengikuti ...dan hikmahnya lbh terasa menusuk dalam hati kita...

dan jangan risau kerana semua arahanNya TIADA YANG SIA2...
FAHAMLAH dan carilah JALAN utk memahami..
mgkn bkn hari ini..mgkn bkn esok...
yakinlah ,SETIAP usaha kita utk mencariNya pasti akan dikira..

 Selangkah kita mencari Allah berkali langkah Allah mendekati kita, berjalan kita mencari Allah berlari Allah mendekati kita.

SEPI...



kadang-kadang kita rasa sepi......
kosong...
sepi dari sesuatu.......
walaupun ramai yang berada disisi...

kita mencari..
apa yang disepikan...
ape yang dikosongkan...
bknkah mereka sentiasa ada disekelilingku...
bukankah aku selau bergelak tawa bersama mereka..

memenuhi hari dgn pelbagai warna..
tp apa yang selalu kita sepikan?.


“Sesungguhnya di dalam hati terdapat sebuah keterasingan yang tak mampu diubati kecuali dengan menyendiri bersama Allah azza wajalla.




Di dalam hati juga ada sebuah kesedihan yang tak akan mampu diseka kecuali oleh kebahagiaan yang tumbuh kerana mengenal Allah beserta ketulusan hubungan denganNya.




Pun di dalam hati ada sebuah kegelisahan yang takkan mampu ditenangkan kecuali dengan berhimpun kerana Allah dan pergi meninggalkan kegelisahan itu menuju Allah.


Di dalam hati juga ada suatu tuntutan kuat yang tidak akan terhenti sehinggalah Allah menjadi satu-satunya matlamat dan cita-cita.


Di dalam hati juga ada suatu keperluan yang takkan pernah terpenuhi kecuali dengan cinta-Nya, mengingati-Nya, beserta keikhlasan yang tulen terhadap-Nya.


Bahkan jika hati ini DIBERI DUNIA SELURUHNYA BESERTA SEGALA ISINYA, keperluan itu tetap tidak terpenuhi selagi tidak mengharap penuh kepada Allah azza wajalla..”


-Ibnu Qayyim al-Jauzi-

Wednesday, January 5, 2011

kisahh yg menarik untuk semua...

Pada zaman dahulu kala, ada seorang sultan bernama Alam Syahbana telah memerintahkan hamba-hamba istana supaya mengorek tanah untuk membuat sebuah kolam yang sederhana saiznya.

Setelah kolam tersebut siap, Sultan Alam Syahbana memerintahkan rakyat jelata untuk mengisi kolam tersebut dengan segelas susu awal lembu setiap seorang pada waktu malam ketika bulan sedang mengambang.
 
Ada seorang lelaki bernama Awang Selamat telah mendengar titah perintah tersebut dan bersegera pulang ke rumah untuk membuat persiapan segelas susu awal lembu. 


Tiba-tiba Awang Selamat telah mendapat satu idea yang dirasakan baik. Awang Selamat bercadang untuk membawa segelas air kosong sahaja dengan beranggapan tiada siapa yang akan tahu dan melihat kerana malamkan gelap...
Seperti yang diperintahkan, ketika bulan sedang mengambang, setiap seorang rakyat jelata tanpa mengira usia dan darjat masing-masing menunaikan perintah Sultan Alam Syahbana.

Pada pagi keesokan harinya, Sultan Alam Syahbana ingin melihat kolam tersebut kerana ingin melihat hasilnya. Tetapi alangkah terkejutnya Sultan Alam Syahbana apabila melihat kolam tersebut dipenuhi air kosong bukannya susu awal lembu seperti yang diperintahkan. Kemudian, Sultan Alam Syahbana pun pulang ke istana dengan perasaan yang hampa.


CBE KORANG BAYANGKAN~....macamne blh ada  Air je....??..
cerita nie sgt mmberi pgajaran bg kita umat islam bahawa kitalah sbnarnye yg perli mnjadi initiator utk mmbantu umat Islam...utk mmbangunkan Islam.bergerak cepat...

bergerak ibarat kuda lumba yg x lagi menoleh ke belakang utk melihat kuda2 laen.
Kalau x ANDA ...SAYA..KAMU...SIAPA LAGI??..HIDUP MESTI TERUS...
Kalimah Allah mesti ditegakkan ...
kalau bukan kita,..siapa yg perlu mula???..........

p/s:semangat sgt ke?..


Blog Widget by LinkWithin