Friday, August 28, 2009

MALAM 7 LIKUR..

Malam tujuh likur, adalah sepuluh malam terakhir dalam bulan Ramadan. Kebiasaannya lampu-lampu pelita akan dipasang untuk menyerikan halaman rumah. Bersempena dengan itu, konsep cahaya pelita diadaptasikan sebagai satu simbol ‘NUR’ yang menerangi sebuah kehidupan.

Bagi sesetengah masyarakat, tanggal 26 ramadan adalah detik paling penting kepada mereka. Teringat zaman kanak-kanak, hari ke 26 dan malam ke 27 dipanggil malam tujuh likur. Itu mungkin hanya panggilan orang Melayu pantai timur, yang lebih tepat ia mungkin dimaksudkan dengan malam penuh berkat iaitu malam lailatul qadar. Walaupun kurang mengerti lagi ketika zaman kanak-kanak erti malam qadar, namun ia seolah-olah sudah ditunggu-tunggu oleh kami sebagai kanak-kanak. Kanak-kanak amat kuat kepercayaannya jika dididik dan diasuh oleh ibubapanya. Menunggu malam tujuh likur untuk menadah tangan berdoa kepada Allah taala menjadi kelaziman mereka yang mempunyai impian. Tidak kurang juga masyarakat Arab, teringat ketika berada di bumi Madinah dan Mekah, malam 27 adalah malam yang dipenuhi oleh orang ramai. Di Masjidil Haram ada yang solat diatas escalator. Tidakkah ini menggambarkan kepercayaan masyarakat terlalu kuat tentang malam ke 27.
Tetapi, adakah benar malam tujuh likur atau malam ke 27 ramadan adalah malam lailatul qadar yang sangat ditunggu-tunggu?




Sebenarnya para sarjana Islam silam telah berselisih pandangan dalam menentukan bilakah malam lailatulqadar. Cuma dikesempatan ini, penulis hanya ingin berkongsi maklumat bahawa ada ulama yang menegaskan bahawa malam ke 27 adalah paling diharap-harapkan menjadi malam qadar. Daripada Ibn Umar r.a bahawa Rasulullah s.a.w. pernah bersabda :

ليلة القدر ليلة سبع وعشرين

Maksudnya : “lailatul qadar ialah malam ke 27” (Direkodkan oleh Imam Ahmad 4793 daripada hadis Ibn Umar dengan sanad sahih, dan Abu Dawud1386 daripada hadis Mu’awiyah bin Abi Sufyan)
Imam Muslim merekodkan (762) daripada Ubay bin Kaab r.a. bahawa beliau pernah bersumpah mengatakan malam 27 adalah malam lailatul qadar. Begitu juga Ibn Abi Shaibah meriwayatkan daripada Zurr bahawa beliau pernah ditanya tentang lailatul qadar, maka jawabnya : “Adalah Umar, Huzaifah dan sebahagian sahabat tidak menyesyaki lagi bahawa malam 27 adalah lailatul qadar” (al-Durr al-Manthur, tafsir surah al-Qadr)

Jika kita mengkaji surah al-Qadr, perkataan فيها (fiha) dalam ayat ( تنزل الملائكو والروح فيها) adalah perkataan yang ke 27 daripada surah tersebut. Ada juga ulama yang mengistinbatkan malam qadar pada malam 27 melalui kaedah perkiraan atau matematik. Kalimah ليلة لبقدر mengandungi 9 huruf. Ia disebut sebanyak 3 kali dalam surah al-Qadr. Maka 9×3 = 27. Namun cara ini tersangat jauh untuk dijadikan pegangan dan sandaran. Terlalu takalluf, jadi tidak perlu dipegang sangat cara-cara seperti ini.
Antara dalil-dalil syarak yang boleh dijadikan hujah ialah kisah seorang lelaki yang bermimpi melihat malam qadar pada malam 27 ramadan, lantas Nabi bersabda :


أرى رؤياكم في العشر الأواخر فاطلبوها في الوتر منها


Maksudnya : “Aku melihat mimpi-mimpi mu pada sepuluh terakkhir maka carilah nya pada malam-malam witir daripadanya”. (Bukhari 2015)
Kesimpulannya pada pandangan saya, melihat kepada kisah ini, Nabi s.a.w. tidak mengiyakan bahawa malam 27 adalah malam qadar tetapi Nabi lebih cenderung menggalakkan umatnya mencari lailatul qadar pada malam-malam witir daripadanya. Adapun malam ke 27, mungkin ia adalah biasa berlaku (wallahualam) dan kadang kala boleh berlaku pada malam ke 21 seperti hadis Abi Said al-Khudri bahawa Nabi s.a.w. sujud pada pagi 21 atas tanah becampur air (في ماء وطين). Dan mungkin boleh berlaku malam-malam lain.
Apa yang perlu dikejar dan dilakukan oleh seseorang yang bergelar mukmin ialah merebut peluang yang masih berbaki ini. Perbanyakkanlah ibadat, solat, zikir dan doa seperti doa yang diajar oleh nabi kepada Aisyah r.ah.

اللهم إنك عفو تحب العفو فاعف عني

Begitu juga setiap diri orang-orang Islam tidak wajib bagi seseorang itu mengetahui bahawa dia telah berjaya berjumpa lailatul qadar. Ini kerana yang wajib ialah kesungguhan dan keikhlasannya dalam melakukan ibadat sama ada ia mengetahui malam tersebut lailatul qadar atau tidak. Boleh jadi ia tidak mengetahui malam tersebut malam qadar, tetapi ia bersungguh-sungguh dan ikhlas dalam ibadat. Oleh itu, teruskan usaha anda…….usaha dan usaha…..

Tuesday, August 25, 2009

Memang Allah sengaja menemukan kita dengan orang yang salah…………………..

  • supaya kita dapat menjadi penilai yang baik..


  • supaya kita sedar, Bahawa kita hanyalah makhluk yang sentiasa mengharapkan pertolongan Allah..

  • supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK, KHAS UNTUK DIRI KITA..

  • supaya kita sedar, Bahawa ALLAH YANG MAHA PEMURAH DAN PENYAYANG, kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yang hebat untuk kita dan kehidupan kita dimasa hadapan…
  • supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tidak semua orang berpeluang untuk mengalamninya..
  • supaya kita menjadi MANUSIA yang HEBAT JIWANYA..
  • supaya kita lebih faham bahawa CINTA yang TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH..
  • supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YANG TIDAK SELAMANYA KEKAL..
Wahai sahabat yang kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta, FAHAMILAH bahawa kehidupan kita semakin sampai ke penghujungnya. Hari esok kita pun kita sendiri tidak pasti sama ada menjadi milik kita.



Gapailah keredhaan Allah dengan melaksanakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya…



PERCAYALAH sesungguhnya Allah malu untuk menolak permintaan hamba-Nya yang menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepada-NYA..



*petikan dari Kembara Wasilah Edisi 1/2009 January

Monday, August 24, 2009

Senaskhah Al-Quran Hantaran Pernikahan


“Sayang, tengok nih. Cantiknya AlQuran nih. Warna keemasan. Sesuai untuk kita buat hantaran” pekik Jamilah kepada Nabil..

“Sini pun cantik juga. Warna unggu keemasan. Mana satu kita nak beli nih” balas Nabil.

Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu AlQuran yang bakal dijadikan hantaran.

“Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab” keluh Jamilah.

“Ala, awak bukan reti pun bahasa arab” jawab Nabil. Tergelak Jamilah. Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin.

“Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat” tegur pakcik berbaju putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang pakcik dalam lingkungan 40-an.

“Oh, kami cari AlQuran. Nak buat hantaran. Maklumlah, nak bina masjid” sengih Nabil. Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ..

“Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?” pakcik menyoal sambil tersenyum.

“Aa.. aa.. lama dah saya tak baca, pakcik“ teragak-agak Nabil menjawab. Jamilah sudah di sebelah rak yang lain.

“Kalau gitu, tak perlu lah beli AlQuran kalau sekadar hantaran. Kesian ALQuran. Itu bukan kitab hiasan, dik” tegur pakcik berhemah.

“Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni nak baca la” tiba-tiba Jamilah muncul dengan selamba jawapannya.

“Oh, baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir ArRahman. Ada tafsiran lagi” cadang pakcik. Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid.

“Ala, besar lah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi” senyum Jamilah mengangkat bungkusan AlQuran warna unggu keemasan. Saiznya kecil.

“Jangan lupa baca ya” pakcik dengan selamba sambil meninggalkan pasangan tersebut.

“Sibuk je la pakcik tu” Jamilah mengomel.

Nabil kelihatan serba salah. Mungkin ‘terpukul’ dengan kata-kata seorang pakcik yang muncul secara tiba-tiba.

Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah bersolek. Hari nan indah. Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan. Nabil dan Jamilah tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut. Pak imam baru sahaja sampai.

“Assalamualaikum semua” ucapan salam Pak Imam bergema.

Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur serta merta. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan. Ahli-ahli keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri. Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih.

“Inikah pengantin hari ini?” tegur selamba Ustaz Saad.

“Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak... usta.. ustazz..” jawab Nabil mengigil. Jamilah juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang dikenali di kedai buku 2 bulan lalu.

“Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil. Mudah-mudahan kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin” cadang Ustaz Saad. Kelihatan orang ramai mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan antara orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari Khamis selepas maghrib.

Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi dirinya. Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih.

“Ss.. su.. surah apa ustaz?” Nabil cuba mengagahkan diri. Jamilah masih melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda yang sebaliknya berlaku.

“Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah ArRa’d” kata ustaz Saad sambil menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat mengikut sunnah nabi.
Surah Ar Rad

Surah Ar Ra'd..??

“Apa benda nih” detik hati Nabil.

“Bismillahirrahmaani rrahim..ALL. .MAA.. RIII..!!” berlagu Nabil.

Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar dari rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan. Ada yang menggeleng-geleng kepala. Ibu bapa Jamilah merah padam wajahnya. Jamilah entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.

“Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam ALQuran. Adik Nabil, cara bacanya seperti begini : A’uzubillahiminnassya itaanirrajim. . Bismillahirrahmanir rahim.. ALIF.. LAMM.. MIMMM... RAA..” kedengar suara gemersik Ustaz Sa’ad. Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak lagi alunan irama ALQurannya.

Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya.

“Nabil, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu AlQuran. Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran.

Malah lebih malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina ALQuran. Beli ALQuran kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup bagi seorang muslim” tazkirah sudah bermula.

Orang ramai memang senang cara penyampaian ustaz Sa’ad.

“Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap sama, kedudukannya tidak sama.

Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya sehingga hari kiamat. Nabil, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku kitab AlQuran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pasti dilaknat oleh AlQuran itu sendiri.

Tetapi beruntungnya orang-orangnya memanfaatkan AlQuran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang yang tinggi pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya..” penutup Ustaz Sa’ad sudah dikagumi orang terutama yang mengikuti ceramahnya.

Hari semakin cepat berlalu.

Nabil sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab ALQUran yang menjadi hantaran pertunangan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif setiap hari.

Tuutt.. Tuut! Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita belajar sama-sama. Jangan lupa bawa isteri sekali ya Nabil. SMS dari ustaz Sa’ad tiba. Jamilah senyum disisi suaminya, Nabil.

Sunday, August 23, 2009

TiPs kEcAnTiKaN wAnIta



Untuk Muslimah Yang Ingin Cantik

Agar wajah selalu segar, berseri-seri, dan cantik, cucilah minimal 5 kali sehari yaitu dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan oleh handuk, biarkan menetes dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdikir, berdoa.

Untuk menghilangkan stress, salah satu penyebab kerut di wajah, perbanyaklah ‘olah raga’. Jika tidak ada waktu untuk pergi ke studio fitness, spot-gym, dll, cukup dengan memperbanyak sholat. Dengan sholat berarti kita menggerakan seluruh tubuh. Konsultasikan semua keluh kesah kita pada Zat Yang Maha Tahu - Allah SWT dengan dzikir dan doa.

Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyum. Tidak hanya di bibir tapi di hati juga. Katakan pada diri sendiri anda adalah cantik dan tidak memerlukan segala macam operasi plastik. Tidak lupa membisikan ‘kata kunci’ “Allahuma kamma hassanta khalgii fahassin khulqii” “Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula ahlaq ku” (HR Ahmad).

Untuk mendapatkan bibir cantik, bisikan kalimat-kalimat Allah, tidak berkata bohong, atau menyakiti hati orang lain, tidak dipakai menyombongkan diri atau takabur.

Agar tubuh langsing, singset dan mulus, lakukan diet yang teratur yaitu dengan berpuasa seminggu 2 kali, Senin dan Kamis. Jika kuat, lebih bagus lagi berpuasa seperti nabi Daud AS. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, air putih.

Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi. Insya Allah………

Saturday, August 22, 2009

Tahukah Anda.?

Tahukah anda bahawa banyak lagi perkara yang kita tidak ketahui tetapi sebenarnya ada dan berlaku.? untuk membuktikan perkara itu jom kita baca sama² info dibawah ni.

1. Cuba tengok zip seluar anda, tertera huruf YKK..YKK bermakna YoshidaKogyo Kabushibibaisha iaitu sebuah kilang membuat zip terbesar di duniayang menghasilkan zip yang korang pakai sekarang ni..


2. Bunyi (kuek) yang dihasilkan oleh itik tidak bergema dan beralun. Sehingga kini kita tidak tahu mengapa.

3. Dengan sepotong coklat boleh membunuh anjing? benar!! Coklat mampu merosakkan sistem pernafasan dan jantung anjing. Dengan ounces yang banyak mampu membunuh seekor anjing bersaiz kecil.

4. Kebanyakan lipstick yang kita pakai sekarang ni mengandungi sisik ikan yang telah diproses.

5. Pada tahun 1830, ketchup (sos tomato) digunakan sebagai ubatan dan bukannya perasa tambahan pada makanan.

6. Tiada satu pun jam di Las Vegas gambling casinos. Dengan ketiadaan jam akan melekakan penjudi penjudi dengan taruhan mereka..

7. Kerana ketangkasan Bruce Lee..pengarah terpaksa memperlahankan sedikit filem yang diambil kerana terlampau laju dan pergerakan aksinya tidak dapat ditangkap melalui lensa kamera. Sesuatu yang agak luar biasa dari orang lain.

9. Mosquito repellents atau penghalau nyamuk tidak membunuh.Sensor nyamuk hanya dikaburi dan ini menyebabkan nyamuk tidak dapat mengesan dimana mangsa berada.

10. Pakar dan doktor gigi mengesyorkan berus gigi hendaklah diletakkan sekurang kurangnya 6 kaki jauh dari tandas utk menghalang kumanberterbangan ketiki anda menggunakan flush tandas.

11. Jika nombor 111,111,111 didarab 111,111,111 anda akan dpat jawapan12345678987654321.

12. Warna biru adalah warna kesukaan 80 peratus rakyat Amerika.

13. Tanda (#) di keyboard komputer anda sebenarnya dinamakan 'octothorp'.

14. Adalah mustahil jika anda bersin tanpa memejamkan mata.

15. Seekor lipas boleh hidup selama 10 hari tanpa kepala.

16. Jika dikangkangkan kaki dan baring secara telentang, kita tidak akan tenggelam di dalam pasir jerlus.

17. Nama yang paling banyak umumnya di dunia ini ialah Muhammad.

18. Di Eropah, kebanyakan wanita Eropah tidak memakai seluar dalam sehingga ke tahun 1900 barulah seluar dalam diperkenalkan.

19. Produk pertama menggunakan bar code adalah Wrigley's gum

20. Mexico City tenggelam sedikit demi sedikit sekitar 10 inci setiap tahun.

21. Mengikut statik dalam kehidupan, ayam adalah haiwan yang paling banyak di dunia mengalahkan manusia, kerana cara pembiakan yang berleluasa dan senang dibiakkan untuk makanan.

22. Otak akan lebih aktif ketika tidur dari ketika anda menonton tv.

23. terdapat banyak telefon di Washington D.C mengalahkan penduduk penduduknya.

24. Untuk melepaskan dari gigitan buaya, anda perlu mencucuk matanya menggunakan jari sekuat hati. Buaya akan melepas anda serta merta.

25. Jika sebutir kecil kismis dijatuhkan di dalam segelas champagne segar, kismis tersebut akan turun ke dasar gelas dan naik semula dan turunkembali dan seterusnya seakan dilambung-lambung.

26. Leonardo da Vinci juga mencipta gunting dan beliau menghabiskan 10tahun untuk menyiapkan lukisan agungnya iaitu Monalisa(10 tahun untuk bahagian bibirnya sahaja)

27. Nama sebenar rama-rama (butterfly) ialah'flutterby' .

28. 90% dari pembaca yang membaca info ini kebanyakannya tidak tahu tentang fakta yang telah diberikan. Keajaiban fakta fakta sebegini dapat menarik minat pembaca untuk mengetahui dari atas kemusykilan minda kita sendiri.

29. Tahukah anda senarai ini tiada no 8.

30. Anda pasti menyemak kembali senarai ini sekali lagi untuk mengesahkan tiada no 8. kan ?

Blog Widget by LinkWithin