Thursday, September 29, 2011

Mencari Redhanya

mencari redha Allah bkn perkara yang mudah.
kerana keredhaan Allah impalannya adalah syurga!.
dan syurga itu mahal harganya.

dalam usaha mencari Redha.
syaitan menyucuk dari setiap sudut,
Ya Rabb..percayalah kami dah buat yang terbaik untuk itu!.
merancang sehabis baik.
tetapi masih ada pincangnya,
kami tidak mampu memuaskan hati semua pihak.

terkesan dengan sifat adil Rasulullah
 sifat lemah-lembut Rasulullah.
walaupn tegas.tp kau hiasi akhlakmu semulia akhlak Al-quran.
Ya Rasulullah,kami butuh khalifah sepertimu.
kami butuh syafaatmu.
'lau kana 'indana'

kami tak kuat Ya Rasulullah.
kami tak tahu Ya Allah.
mgkn baik bagi kami,
tapi adakah kau kira segala usaha kami Ya Rabb.
ataukah kami termasuk dalam golongan sia-sia yang kau maktubkan dalam kitab Allah?

"Katakanlah (wahai Muhammad): "Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang paling rugi amal-amal perbuatannya? .(Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan".
(al-kahfi:103-104)
maaf andai ada pihak yang terguris.
hidupku bersama kalian.dewasaya aku bersama kalian.
dan bersama kalian juga aku ingin melangkah ke JannahNya.
bersama-sama!....

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin